Mendaftar

1. Bagi Pemilih Biasa (pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat mengundi semasa pilihan raya):

[expand title="Bagaimana Mendaftar" rel="biasa"] Untuk Pendaftaran Baru / Pendaftaran Tukar Alamat & Pusat Mengundi

  • Pergi ke mana-mana pusat pendaftaran
  • Bawa bersama Kad Pengenalan anda
  • Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang
  • Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.[/expand]

[expand title="Di Mana" rel="biasa"]Pusat Pendaftaran

[/expand]

National Institute for Democracy and Electoral Integrity (NIEI) kini telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai Penolong Pendaftar. Kepada sesiapa yang masih lagi belum mendaftarkan diri sebagai pengundi, bolehlah ke pejabat NIEI di 54B-1, 2nd Floor, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia, untuk mendaftar. Pendaftaran boleh dibuat pada hari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 11 pagi hingga 4 petang. Maklumat lanjut: 03-2282 4105.

2. Bagi Pengundi Tidak Hadir (atau singkatannya, PTH, yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya); dibenarkan mengundi secara pos.

(i) Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

[expand title="Bagaimana Mendaftar" rel="atm"] Pendaftaran dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP)-ATM.

  • Hubungi petugas-petugas SPR yang dilantik daripada kalangan pegawai JRP
  • Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda
  • Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan
  • Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

  • Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut
  • Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).[/expand]

[expand title="Di Mana" rel="atm"]Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP)[/expand]

(ii) Pegawai awam luar negara, pelajar & pasangan

[expand title="Bagaimana Mendaftar" rel="pegawai"] Pendaftaran dilaksanakan oleh pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.

  • Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara
  • Serahkan MyKad anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda
  • Nyatakan alamat tempat tinggal di luar negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda
  • Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan
  • Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.[/expand]

[expand title="Di Mana" rel="pegawai"]Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara[/expand]

3. Bagi Warganegara yang tidak layak mendaftar sebagai PTH tetapi berada di luar negara, anda masih boleh mendaftar sebagai pemilih biasa melalui pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.

[expand title="Di Mana" rel="luar"]Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara[/expand]